Mengejutkan! Ular Menunggu Jenazah Di Dalam Kubur
Luangkanlah sedikit masa anda untuk membaca kisah benar ini, semoga ianya akan menjadi pengajaran buat kita semua.
Semoga Allah menjauhkan kita dari azab dan siksa kubur..Aamiin
Kisah benar yang anda baca ini bukan datang dari majalah atau tabloid, tetapi kisah ini dari tanah perkuburan Sa’raya, Mekkah. Pada beberapa tahun yang lalu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.
Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan ditanah perkuburan Al Ma’ala, lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram, setelah Solat Dzuhur.
Namun ketika sampai di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).
SubhanALLAH..Keadaan ular tersebut amat mengerikan.. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain, tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang 8km jauhnya.
Ketika mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan disitu. ALLAHUAKBAR... Mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan Meletakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu.. (Namun aneh nya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka)
Dengan segera mereka mengkebumikan mayat wanita itu...
Tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang dan menjalar dengan cepat dan masuk ke dalam kubur wanita itu..
Subhanallah..
(Seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan ketika ular itu masuk kedalam kubur). Dan tidak berapa lama mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan.
Dan ketika mereka melihat kedalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu.
SubhanALLAH! Ada beberapa orang yang berada di sekitar kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Setelah diselidiki kenapa perkara tersebut terjadi..??
Ternyata sewaktu hayatnya,wanita tersebut suka melewat lewatkan Solat nya..
Marilah kita ambil I'tibar dan Renungan dari kejadian ini..
Semoga ALLAH Subhanahu Wata'ala menguatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu dari pada gangguan syaitan dan iblis Insya ALLAH.. Ini baru siksaan di dunia akibat melewatkan Shalat..?? Bagaimana kalau Siksaan Diakhirat Kelak Jika Tidak Sholat.??
Astaghfirullahhal'adzhiim..
Via: FB Istri Sholehah